Ayuh ikut seperti nabi ^_^

Assalamualaikum :) Alhamdulillah kita telah diberi peluang untuk bernafas diatas dunia ini lagi hari ni dan diberi peluang untuk hidup :) Terima kasih Allah :) Semoga hari-hari yang Allah telah beri kepada kita ini , kita manfaatkannya dengan betul :)

Kali ni .. aku nak kongsi sikit pasal apa yang aku daripada sebuah novel ni . Sekarang ni aku tengah di alam fantasi novel I Love You, Stupid! . Haaaaa dah baca dah ? Novel yang tebal gila bapok tu . Bayangkan lah muka surat dye 1389 muka . Mak aih ~ Sekarang aku baru muka surat 300 lebih . Baca lah weh ! Memang mahal tapi tak rugi lah . Aku boleh bet :)

Watak lakinya kan .. macam Abang Artis saya sorang tu sifatnya , ahaks ^_^ Boleh gelak sesorang oh aku baca :) Haaa dah dah . Cuba baca ni .. aku tertarik betul dengan part yang ni ..

"Itu nabi, kita bukan nabi. Nabi manusia agung...tak ada dosa, susah nak ikut". Iris berkata .

"Kerana nabi manusialah kita senang nak ikut. Allah utuskan nabi dari kalangan manusia kerana nabi bersifat seperti kita. Nabi makan, minum, sakit, menangis, rindu, dan berkahwin. Tetapi dengan adab dan batas yang diaturkan Allah. Kalau nabi sebagai manusia boleh buat, kenapa tidak kita? Allah tidak pernah membebankan kita. Kalau diutuskan nabi daripada kalangan malaikat, mampukah kita mengikut dan mencontohi malaikat? Sedangkan malaikat asal kejadiaanya pun dah lain dari kita, dari cahaya. Kerja mereka hanya beribadah.. beribu-ribu tahun, beribu-ribu sujud, tiada lelaki dan perempuan, tiada nafsu. Mampukah kita mengikuti mereka? Sedangkan kita disuruh solat lima waktu sehari semalam pun liat. Mampukah kita membendung perasaan suka dan cintakan seseorang? Mampukah kita menahan nafsu dari bernikah dan beranak-pinak bila sampai masanya? Sebagaiman nabi Adam a.s yang kesunyian dalam syurga, dikelilingi kemewahan. Niat saja dapat.. tetapi hati baginda a.s tetap sunyi dan sepi sehingga diciptakan Allah, Siti Hawa dari tulang rusuk baginda a.s ketika baginda tidur. Sedar-sedar saje Siti Hawa sudah berada disisi baginda dan perasaan sepi itu lenyap. Itulah fitrah dan keindahan kejadian yang dijadikan Allah istimewa untuk ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia. Cinta itu fitrah, Cinta itu anugerah daripada Allah. Menolak cinta umpama menafikan fitrah ciptaan Allah. Bercinta, ingin mencintai dan dicintai, boleh. Tetapi harus dengan batas-batas yang ditetapkan Islam. Bercinta dengan penuh bersyariat, terpelihara dan memelihara. Semua perasaan, semua nafsu dan semua niat yang tidak elok, kita mampu bendung sebagaiman nabi dan para syuhada, alim ulama dan para solihin membendungnya dengan mengekang dan mengikat nafsu, menjinakkannya dengan kalimah Allah. Allah memberi kita akal untuk berfikir dan menilai.". Panjang Firman menrangkan kepada Iris.

Jadi ... itulah yang aku nak sampaikan . Dapat disitu .. Pasal nabi dan cinta :) Jadi .. kenapa kita tak boleh nak ikut macam nabi ? Tak susah pun kan . Ikutlah sunnah-sunnah baginda :) Takpe .. nanti in shaa Allah kalau ada rezeki aku update pasal sunnah-sunnah Rasulullah Muhammad ya :) Sama-sama kita cari jalan untuk ke Syurga Firdaus ;) Tahutak , Syurga itu indah ? Betul , indah . Syurga tu lawa sangat . Subhanallah :)

Sebenarnya kan .. banyak lagi aku dapat dari novel I Love You, Stupid! tu . Nanti aku share lagi :) Tengoklah dye punya tagline "Cukuplah Allah ada dan DIA ada untukku".

Jadi .. sampai disini je aku bercerita . Relakslah , aku ni pun bukan baik sangat :) Apa yang kita dapat , kita kena amalkan dan kongsikan . Jangan kedekut :) Takpayah pikir pasal macamane diri kita ni lah :) Kita ni .. berkongsi untuk orang lain baca dan dalam masa yg sama diri kita automatik juga akan ambil semua itu san masukkan ke dalam diri ini. Jadi jangan segan-segan untuk kongsikan sesuatu okay :)

Senyumlah , senyum pun sunnah Rasulullah tau ^_^




*Aku rindu smiley hijau twitcon Twitter aku tuuuu :'( Hari kedua , tabah beb :'D



No comments: